|
|
| Tuesday, 6-Nov-2007 14:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Minum Dan Makan Kueh Dulu!!!
|
|
Baru-baru ni, saya dan kawan saya berpeluan untuk buat sikit "foods shooting".
Ni la antara hasilnya. Untuk Sebuah cafe tempatan.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 2-Nov-2007 03:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Masjid Selat Melaka
|
|
Ini kunjungan kali kedua saya ke sini. Pertama pada Ramadhan yang lalu. Semalam, sekali lagi ke sana. Masjid yang cantik. Bergabung dengan keajaiban alam, tugas saya hanya memotretkannya sebaik mungkin, agar keindahannya terserlah.
Masjid Selat Melaka, selat yang terpanjang dan tersibuk di dunia.
Terletak di Pulau Melaka, Bandaraya Melaka.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 29-Oct-2007 05:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kuala Lumpur: from townside
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 22-Oct-2007 04:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Printing: Sample Product : Invitation Card, Paperbag, Layout
|
|
Now, we have enough team members to offer you our services and expertise.
And various design of wedding album
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 17-Oct-2007 06:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Weddings: Nasir & Farah
|
|
Just came back from Eid Holiday.
Terus, sambung upload gambar yang tertangguh lama.
Nikah...
Hari Sanding...
Outdoor...
For my weddings photography services, do contact me : AMIN 0122147681
|
|
|
|
|
|
| Monday, 8-Oct-2007 05:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Hari Raya Aidilfitri
|
|
| Quote: | Sahabat-sahabat saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Dan Batin.
Esok hari, saya akan kembali ke kampung halaman saya. Kembali ke Felda Chini Timur 3, Pahang Darul Makmur.Saya akan mula bercuti, sambil memikirkan idea-idea baru untuk diketengahkan.
Kepada sahabat-sahabat saya sejak sekolah rendah hingga sekolah menengah, Finie, Dayang, Achik, Anie, Zamili, Lan, Johari, Jun, Fifie, Erry, Laily, Syafa, Nisa’, Ariffah, Izpuri serta suami2 mereka yang kini menjadi teman saya, serta semua yang lain, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.
Kepada sahabat-sahabat saya sejak di UiTM Melaka, Rebung, Pokok, Sudeep, Tuntung, Butat, Idan, Shah, Jarbinx, Agah, Aban, Acai, Perek, Mamat, terima kasih kerana berada bersama saya ketika susah dan senang saya.
Kepada abang-abang dan kakak saya, Mior, Zouk, Jaggat, Reza, Achid, kak Mona dan yang lain-lain, terima kasih kerana tak jemu dengan karenah saya.
Adik-adik saya, Shikin, Della, Elmi, Shiqin, Huda, Nicky, Why, Sue, Mira, Suraya, Siti Fairuz, Ibah, moga menjadi orang yang berjaya. Marah dan rajuk saya, adalah sebagai seorang abang. Tidak lebih dan tidak kurang, segalanya inginkan kamu semua menjadi lebih baik.
Teman2 di FMDC yang rapat dan yang jauh, terima kasih kerana sentiasa membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya.
Saya hanyalah seorang laki-laki yang menginjak ke alam dewasa, banyak kekurangan saya. Perbuatan saya tanpa sedar mungkin melukakan hati orang lain. Tutur kata saya kadangkala terlalu lepas, hinggakan menyentuh perasaan orang-orang di sekeliling saya. Tiada sekelumit pun niat untuk melukakan sesiapa. Seperti yang saya katakan, saya insan yang lemah. Banyak kekurangan saya. Kata ustaz yang membimbing saya, saya ibarat singa. Melompat dan mengaum bila diusik, dan akan seringkali terjadi perbuatan yang tanpa disedari melukakan orang lain. Maafkan saya.
Hidup ini singkat, terlalu singkat untuk dipenuhi dengan bermusuhan dengan orang lain. Kata Pakcik Dollah, dunia ini penuh kasih sayang. Jangan diletakkan di dalam hati dengan kebencian. Katanya lagi, dunia ini terlalu sempit untuk dipandang dengan dahi yang berkerut.
Sahabat-sahabat saya ialah saudara saya. Melukakan hati sahabat adalah perkara terakhir yang ingin saya lakukan. Maafkan saya. Terlalu banyak hati untuk dijaga, kadangkala saya terlalai.
Untuk semua, termasuk yang sesekali menjenguk cerita di ruangan ini, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Doakan kejayaan saya. Restui apa yang saya lakukan. InsyaAllah, saya takkan lupakan dari mana asal usul saya. Kalau berkunjung ke kampung saya, jemput singgah ke rumah.
Saya bercuti awal. Abah dah tua. Mak semakin kurang kudratnya. Saya anak laki-laki yang sulung. Hari raya ini buat kesekian kalinya, kami tujuh beradik akan berkumpul. Saya nak kena kemas rumah di kampung. Membantu mak dan abah untuk menyambut kakak-kakak dan adik-adik yang akan pulang.
Moga-moga hidup kita diberkati Allah. |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-Oct-2007 17:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 28-Sep-2007 04:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gambar Jalanan: Seam Reap
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Sep-2007 18:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kenapa BOHONG!?
|
|
| Quote: | Kecewa. Sangat Kecewa.
Kenapa?
Macam ni laaa...kalau kamu mahu tipu saya, sangat mudah. Pastikan apa yang kamu bohong dengan saya itu, tersimpan kemas.
Biar saya nyatakan kelemahan saya. Kamu datang kepada saya. Berbuat baik dengan saya. Tunjukkan airmuka seolah2 kamu jujur berurusan dengan saya.
Dan kita pasti akan menjadi kawan yang baik. Kenapa? Asasnya, lama dahulu saya diajar untuk berbuat baik kepada orang, saya diasuh untuk bersangka baik
kepada orang, saya diajar untuk membantu orang tanpa mengharapkan apa-apa balasan yakni diberitahu kepada saya itulah asas pengertian ikhlas.
jadi, hari ini saya melihat sifat bersangka baik itu, ramai yang gemar mengambil kesempatan. dunia sudah terbalik.
Kamu tahu kelemahan saya sekarang, iaitu saya seorang yang lurus bendul. Maka mudah untuk kamu mengambil kesempatan ke atas saya. Cari saya ketika kamu susah.
Pohon bantuan saya ketika kamu tersepit. Kemudian bila segalanya selesai, segala permasalahan kamu terurai, kamu tinggalkan saya dan bergelak ketawa kamu di sana.
Jangan bimbang, selagi kamu bijak mengambil kesempatan ke atas saya, saya tetap akan menganggap kamu kawan baik saya. berjujur di hadapan saya dan berbohong di sisi
saya. Bermanis mulut di hadapan saya sambil sesekali menikam saya dari belakang.
Bagi saya, kawan yang baik harus berjujur sesama sendiri, berterus terang tentang apa yang perlu. Mungkin pegangan saya itu bodoh.
Ingatan saya hanya satu, pastikan agenda kamu itu tidak terbongkar. Kerana itu hanya satu sisi jujur saya. Telinga saya mendengar, akal saya
berfikir, dan mulut saya masih boleh berbicara. Bila segalanya sudah ternyata, takkan ada soalan dari saya.
Ingat, segalanya hanya akan berlaku sekali sahaja.
Saya sangat benci bila dibohongi. Titik. |
Tadi tu cerita lain..skang ni gambar plak..ehehe
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 16-Sep-2007 15:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
4 Ramadhan
|
|
| Quote: | Salam untuk semua sahabat.
Maafkan silap dan salah saya selama ini, moga2 ibadah puasa kita akan lebih diberkati.
Lama rasanya tak menulis. Pada masa yang sama juga terlalu banyak yang ingin saya kongsikan. Namun, akhirnya saya terpaksa mengalah kepada kekangan masa dan keadaan.
Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Setiap tahun, kedatangan Ramadhan dalam hidup saya, datang bersama pelbagai dugaan, sungguh, terkadang rasa seolah terkilan, seolah sangat tertekan. Tak mampu nak diceritakan.
Ramadhan yang datang seringkali menginsafkan, betapa pantasnya masa berlalu.
Becakap mengenai hobi saya dalam berfotografi, Alhamdulillah, biarpun kadangkala perit yang terpaksa ditempuhi, pelbagai peristiwa yang dihadapi, sedikit demi sedikit saya belajar. Benarlah kata-kata orang lama, semakin banyak yang kita ketahui, semakin kerdil dan jahil rasanya diri. Kata cikgu saya masa di sekolah dulu, "ular menyusur akar, takkan hilang bisanya." Apalah sangat ilmu yang ada pada kita ini untuk kita gahkan sesama manusia. Cetek benar pengetahuan yang saya ada untuk dibanggakan. Sungguh, kadangkala dalam kesibukan menguruskan hidup ini, sesekali terdetik, jauh sungguh saya tinggalkan hidup dahulu. Banyak sungguh ragam kawan2 yang saya temui. Dan lama sungguh saya tidak meluangkan masa bersahama sahabat-sahabat lama saya.
Kebetulan, 2 bulan terakhir sebelum Ramadhan ini, Allah mengizinkan saya mengembara sambil berkerja, melihat dunia di sekitar, mempelajari tingkahlaku manusia, lantas sekali lagi saya harus mengakui, cetek benar ilmu di dada ini.
Terima kasih kepada teman2 yang banyak membantu saya, dalam payah dalam senang. |
|
|
|
|
|