Want your
own Fotopage?













 
::Wedding Photographer:: aminorazmi

By: aminor azmi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 20-Jun-2007 04:04 Email | Share | | Bookmark
Untuk Hidup

 





Quote:

Hari minggu lalu, bersama sekumpulan kawan-kawan, saya berpeluang menyusuri satu sisi Bandaraya Kuala Lumpur. Sudah sangat lama saya tidak berpeluang berjalan-jalan sebegini.

Kata boss saya,

“Aku cadangkan kamu keluar berjalan-jalan di kota Kuala Lumpur. Bawak kamera, ajak beberapa kawan-kawan, rakamkan suatu sisi hidup di Kotaraya Metropolitan kebanggaan Negara kita. Tak lama lagi kita akan merayakan 50 Tahun Kemerdekaan. Satu Negara akan berpesta.”

Ini yang saya rakamkan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Blind shots. Memetik kamera sambil berjalan.

Ya, 50 Tahun merdeka. MARI BERPESTA!!! Majalah dan suratkhabar berlumba-lumba menerbitkan berita mengenai siapa paling kaya di Malaysia. Ekonomi kita semakin berkembang positif. SMART, terowong dwifungsi pertama di dunia kini dibuka. Milo Ais nasik harga. Kakitangan kerajaan dapat kenaikan gaji. Mega Sale Fair dah mula sejak 16 Jun sampai 2 September. The Mall dan Sogo ada buat sales gila-gila. Orang berlumba-lumba membeli belah. Takde duit? Apa susah, lock card laaa…Semua orang nak kaya!!! Let’s party!!!

Siapa nak terbitkan kisah mereka. Siapa nak baca? Ini bukan imej yang kita nak tunjukkan kepada pelancong. Negara kita Negara harmoni, pemurah. Mungkin kisah orang seperti mereka merupakan satu sisi gelap Kotaraya Kuala Lumpur. Habis, siapa nak bela mereka.

“Takpe dik, makcik tak mintak sedekah. Makcik berusaha. Makcik masih punya kudrat. Makcik meniaga, walau sekadar menumpang di kaki lima. Makcik juga rakyat Malaysia. Malaysia yang merdeka. Dah 50 tahun Malaysia merdeka. Biarkan makcik berniaga. Sekejap lagi kalau bandaraya datang serbu, makcik pindah la pelan-pelan. Nak lari cepat-cepat, makcik dah tua. Biarlah semua orang kaya. Biarlah semua orang naik gaji. Ada untung, mereka beli barang makcik, kan? Adik nak beli, satu bungkus empat ringgit, kalau adik beli tiga bungkus, makcik bagi sepuluh ringgit.”

“Ini takdir untuk hidup makcik, dik..”

Ahhhhhh…takdir….

Alah, biarkan orang kerajaan buat kerja mereka. Biarkan orang bandaraya bela nasib mereka, lagipun, makcik-makcik ni bukan makcik kita, kan? Bukan mak kita, kan? Biarkan laaa orang lain yang bela mereka. Agensi kerajaan kan banyak? Alaaaa…mereka ni bukan rakyat Malaysia. Mereka ni pendatang tanpa izin. Alaaa…mereka ni kaya sebenarnya, anak mereka dah besar, kerja bagus-bagus, saja mereka nak ambik kesempatan atas sikap rakyat Malaysia yang pemurah ni.

Pemurah ke kita?

Mari mencari alasan, mari menuding jari kepada orang lain.

Selamat Berpesta Membeli Belah. Mega Sale Fair dah mula!!!





aku sebenarnye tak penah raser jijik atau hina pon kat dorang sebab dorang usaha jual something nak dapat sesuap nasik...yg aku bengang nih kat org2 yang ambik kesempatan dengan pura2 buta....aku raser dengan pretend buta je dorang leh dpat double dari gaji standard rakyat malaysia...paling aku angin bile lintas jln reti plak tgk kiri kanan... eeiii mmg nak kene Thu 21-Jun-2007 11:31
Posted by:nizarnazrin elos@email.com  - [Link]
cun2 gambor ko...aku baru 2hari gune nikon D70S...lansung xtau camne nk gune...nk setting...bleh x ko serta kan pic2 ko dgn exif data...bleh aku folo setting ko..ehehehe Sun 24-Jun-2007 11:22
Posted by:pix
seronok kan? pusing2 jalan kaki sambil bawak kamera... kalau boleh setiap hari nak buat Tue 26-Jun-2007 06:48
Posted by:marcia...!  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Saturday, 16-Jun-2007 13:49 Email | Share | | Bookmark
Ekspress

 


Feri sebegini digelar "Ekspress" oleh penduduk tempatan. Ketika ini saya dalam perjalanan pulang, dari jeti tanjung Manis ke Jeti Sarikei sebelum sambung berkereta ke Bandar Sibu.



Salah sebuah rumah penduduk kampung Belawai pada wak tu malam, dedahan selama 2 minit...


cantik la...love the colors...nice shots too...ehhehe... Wed 20-Jun-2007 04:56
Posted by:zuhairy hashim  - [Link]
Absolutely stunning pics. Compare your pic to the old Sarikei wharf pics at my blog
http://sarikei-time-capsule.blogspot.com/
Pls forward to all Sarikei friends

Regards,
Daniel
Fri 22-Jun-2007 19:01
Posted by:Daniel dyiek@hotmail.com  - [Link]
colors dia nampak a bit unnatural la, bro, especially for the skies. Sat 30-Jun-2007 02:44
Posted by:kenterong kichi2@gmail.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Monday, 11-Jun-2007 04:23 Email | Share | | Bookmark

 


aminorazmi
012-2147681
aminor.azmi@gmail.com
YM: aminor_azmi

cantik... Wed 13-Jun-2007 02:25
Posted by:izwana gadis_kluang83@yahoo.com  - [Link]
lawa gilosss.. Fri 15-Jun-2007 18:38
Posted by:Lana surayailana@gmail.com
sedikit demi sedikit penyesalan timbul pabila
melihat gamba drpd nikon2 ter-sgt-lah smooth.
berbanding sony...
Sat 10-May-2008 01:20
Posted by:ikman e_munk05@yahoo.com  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Wednesday, 6-Jun-2007 07:10 Email | Share | | Bookmark
Izpuri

 
 
 
Teman baik saya semenjak 1997, Izpurimuharsya Izma Ibrahim. Sama-sama belajar di Semsas. Kami memang rapat. Banyak benda berlaku, tapi saya akui, dia antara kawan saya yang saya senangi. Minggu lalu, dia telah melangsungkan pernikahan dengan pemuda pilihannya, Md Noor. Dua minggu lagi dia akan mengikut suaminya ke Riyadh, Arab Saudi. Terima kasih untuk Achid sebab membantu saya merakamkan detik-detik bersejarah teman baik saya ini.

Apa yang ingin saya katakan mengenainya? Tak banyak. Izpuri gadis misteri. Dia dalam dunianya sendiri. Dia seperti saya, memilih untuk buat apa yang dia suka. Sejak 1999, kami hanya bertemu beberapa kali. Kami rapat, tapi jarang berjumpa. Pelik? Itu yang kami pilih. Aku dengan jalan aku, dan engkau dengan jalan engkau. Tapi kami tetap rapat.

Hari ini saya berasa sangat bangga, Izpuri kini memiliki cinta yang dia impikan. Saya sangat gembira. Titik.




















to izpuri..
congrats!! u look marvellous gal!
dah boleh join kelab2 bini orang ha ha

minor, eh nanti nak jumpa ko discus pasal belah azlam pliz buzz me kay?
Wed 13-Jun-2007 16:08
Posted by:errynuzu
yarabbi lawa nye gambar kat laut..mcm fantasi~

thumbs up aminur
Fri 15-Jun-2007 18:47
Posted by:Lana
iz dah kawen dah ke... lama tak jumpa.. tau2 dah kawen laa plak.. Wed 27-Jun-2007 13:59
Posted by:taro terbul_ja@yahoo.com
View all 9 comments Add comment


Monday, 4-Jun-2007 04:08 Email | Share | | Bookmark

 
Jun ini masa yang sangat sibuk untuk saya…Sejujurnya, saya sangat benci bila sibuk itu datang, dalam pada itu juga gemarkan sibuk itu.
Quote:

Kenapa benci? Yeah…Sibuk bererti saya tak berkesempatan untuk membuat sesuatu yang saya suka bersama kawan-kawan saya. Tak sempat nak outing untuk mencari gambar-gambar yang “baru”, tak sempat nak mandi sungai, kadangkala sibuk membuatkan kawan-kawan saya merasakan saya semakin jauh dari mereka, pada masa yang sama adik-adik saya, kakak-kakak saya dan abang-abang saya juga melihat ruang yang terpisah akibat sibuk itu menjadikan mereka semakin terpencil dalam hidup saya. Nyatanya, urusan untuk hidup di dunia ni membuatkan secara tak langsung mereka yang rapat dengan saya bekecil hati. Di sebalik semua itu, sekelumit pun tak pernah saya terfikir untuk menjarakkan diri dari dunia saya bersama orang-orang sekeliling saya. Segalanya hanya untuk hidup…

Kenapa suka? Yeaaahh… Sibuk juga memberi saya ruang untuk saya melupakan sejenak keluhan-keluhan hidup. Eskapism barangkali… Juga saya akui kebenarannya. Dalam sibuk itu saya akan leka, tekun dengan apa yang saya buat, sekaligus buat sementara waktu, perkara-perkara yang menyesakkan dada, yang mengerutkan dahi, yang membuat saya menarik nafas dalam-sedalamnya, pendek kata urusan-urusan orang muda masa kini, akan saya lupakan seketika.

Memetik tulisan seorang teman, katanya, “So life is about taking chances”. Dari satu perspektif hidup, saya bersetuju. Kita ni sebenarnya mengambil kesempatan. Tak lama dahulu, saya pernah marah mengenai seorang yang saya kira rapat dengan saya, pada akhirnya hanya mengambil kesempatan yang ada ketika itu untuk menjadikan saya sebagai batu loncatan untuk dia mencapai sesuatu. Hari ini, saya akui, kadangkala hidup ini adalah mengenai peluang dan kesempatan. Kita pernah tersalah langkah, hari ini kita masih bernafas, maknanya masih ada kesempatan untuk memperbetulkan semula. Dunia ini adalah kesempatan kita untuk berbuat sesuatu untuk kita bawa ke SANA. Kekecewaan adalah kesempatan untuk merasai sakitnya kehilangan sesuatu. Kejayaan juga satu kesempatan untuk kita tersenyum pada hidup.

Makanya, gunakanlah kesempatan yang ada untuk melakukan apa yang seorang manusia, seorang kawan, seorang abang, seorang kakak, mahupun seorang adik, untuk buat apa yang sepatutnya. Jangan bila ruang itu sudah tertutup, kesempatan itu telah berlalu, pada ketika itu kita mula menyesali apa yang telah kita bazirkan.

Hari ini, mari kita buat apa yang kita patut buat.


Currently listening to “ Di ambang Sore” by Ahmad Jais.

Sambung....perjalanan mula ke Kg Belawai, Sarawak...






uih! bestnyer kat tepi pantai tuu.. Tue 5-Jun-2007 05:21
Posted by:milia miya_oren@yahoo.com
Mandi laut best nyer... hehe Tue 5-Jun-2007 06:44
Posted by:Della
Hebatnye kawan aku ni mencari komposisi yang cun melecun..... The art is in your heart....... Cuma aku jer yang terpesong dari bidang business berubah ke art ni.... huhuhuhu...... ko ingat tak kat BARAGAS Tue 5-Jun-2007 08:54
Posted by:mzubir mzubir@gmail.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 29-May-2007 03:50 Email | Share | | Bookmark
Event Potraiture

 
Tahniah untuk Jason bin Jelius...

Suasana ketika pesta konvo ni memang susah nak digambarkan....semua muka bahagia ajek..










bukan ar amin... biasenye amin berangan2 br dpt idea Thu 31-May-2007 04:05
Posted by:weet  - [Link]
nice pic Sun 3-Jun-2007 12:15
Posted by:P u r p L e  - [Link]
perbedaan kaler yg superb!
Sat 24-May-2008 04:47
Posted by:aie  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 28-May-2007 13:07 Email | Share | | Bookmark
Family Potrait

 
Kebetulannya, sekembali dari kampung, teman baik saya ajak shoot gambar baby dia yang baru berusia 6 bulan dan anak buahnya yang tua sikit dari anaknya.

Kimi dan Haikal...

kengkadang....mak bapak yang melompat mengalahkan baby..hahahaha...tapi memang enjoy...


>> menarik ni... Mon 28-May-2007 15:51
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Baby yang baju merah nama kimi n yang lagi satu nama Ashraff... sekarang dah sebelas bulan... gambar masa 2 bulan ada kat fotopages nie 15.08.2006. Tue 29-May-2007 01:15
Posted by:Pak belang shahzilan@lycos.com
a`kom,apa khabar. Tue 5-Jun-2007 03:00
Posted by:sal saloma_cun@yahoo.com.my
Add comment


Tuesday, 22-May-2007 07:42 Email | Share | | Bookmark
Tasik Cini

Salam...baru masuk opis semula...banyak keje nak kena selesaikan, banyak pulak gambar menanti.....hmmm

anta ni dulu....




kewl shoots...luv them all Fri 25-May-2007 10:31
Posted by:deen  - [Link]
tasik cini? hmmmmm Sun 3-Jun-2007 21:09
Posted by:MohdJarbinx
yelaa..tasik cini laaa... Mon 4-Jun-2007 05:28
Posted by:a F i D biolpenin@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 16-May-2007 05:11 Email | Share | | Bookmark

 
Saya akan balik kg untuk seminggu. Jadinya, kalau ada keperluan untuk sebarang komunikasi, jangan segan untuk terus call hp saya.

Selamat Hari Guru!!!

Saya ada sikit cerita pasal cekgu nih, tapi nanti laaaa..balik dari kg, saya tulis.




pic #1 tu mcm sama jer angle dgn 'abg baik' awk.. Thu 24-May-2007 09:42
Posted by:aishifu
dahsyat tu, time shot wedding leh menjadik panning.. pening dibuatnya. hebat! Sun 27-May-2007 16:47
Posted by:takteh takteh@yahoo.com  - [Link]
mantap beb gambar ni!!! Tue 3-Jul-2007 16:23
Posted by:operahidup  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Saturday, 12-May-2007 14:03 Email | Share | | Bookmark
Pagi, Petang dan Malam

Pagi
Senja
Quote:
Salam untuk semua.

Alhamdulillah...saya masih sihat, dan saya masih passionate dengan apa yang saya buat. Terimakaseh untuk yang prihatin, yang sms saya, yang email, yang titipkan kata2 semangat untuk saya.

Satu HIKMAH yang saya lihat, bila Allah datangkan satu ujian untuk saya, ditunjukkanNya juga pada saya siapa KAWAN saya, yang rupa2nya selama ini dalam diam mengikuti perjalanan saya yang saya publish di sini, tanpa saya sangka tiba2 muncul, bila mana mereka ini fikirkan inilah ketikanya seorang KAWAN patut memainkan peranan. Yeah, saya bersyukur.

Jangan pernah putus asa untuk bantu saya...







hmmm..mcm2 Mon 14-May-2007 08:27
Posted by:aishifu  - [Link]
MEMANG KAGUM LE Tue 15-May-2007 02:30
Posted by:krul  - [Link]
wah minor..cantek maaa gmbr ko amik..

x gi ke kenduri izpuri?
Sat 2-Jun-2007 17:18
Posted by:watachiwa  - [Link]
View all 7 comments Add comment


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.