Want your
own Fotopage?













 
::Wedding Photographer:: aminorazmi

By: aminor azmi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 9-May-2007 14:08 Email | Share | | Bookmark

 
Quote:
Bukan susah sangat pon nak mintak maaf. Memang aku ni cepat panas, tapi cepat jugak sejuk. Dah tau kau salah, dah tahu perangai aku memang tak suka perangai orang mulut lepas tak tentu pasal, yang ko pegi cakap lepas, apehal? Senang jek, mintak maaf. Paling kuat, ko ajak aku pi minum nescafe tarik segelas, cool la balik,aku tadak hal punye. Takkan ko yang salah, tapi aku nak kena mintak maaf dari ko?Aku ni lagi tua, ko tu bawah aku, tak reti lagi? Dulu masa ko bodoh, ko tak tahu apa, pandai ko carik aku, ko kol aku, skang, bila ko dah terel sket, ko nak ek ngan aku? Sudah laaaaa.... Kalau macam ni perangai ko, letih la aku.....aku ni, bapaaaaaaaaaaaaak keras kepala, pon pandai nak latih diri jadik sabar bila ngan ko, pandai nak jaga lidah bila bercakap, pandai gak nak hormat, walaupun ko lebih muda dari aku...pendek kata, kita boleh tolak ansur, tapi ko memilih nak tunjuk besar kepala...tadak hal la beb. It's your call.

Ko nak tikam aku dari belakang, sila laaaaaa.... buat laaa..kalau ko memang jenis muka tak tau malu, jenis bila ludah, ko akan jilat balik..suke ati ko.

Aku tau aku takde rete banyak cam ko, tak mampu nak beli barang cam ko..tada halllllll!!!

Selama ni aku memang banyak sabar ngan ko, tapi kali ni, biarlah aku cakap cenggini: kodah terel kan, ko dah pandai kan, ko dah kaya kan....ko bawak la semua2 tuh ke dunia orang terel dan kaya ko tuh. Jangan ko ingat aku akan lupa mana asal ko. Kali ni,nama aku nak carik ko balik, mintak maaf laaaaaa....ko datang kat aku, insyaAllah aku takkan lari.

Puncanya satu jek, payah sangat ke nak mintak maaf?


Haritu berborak dengan kawan lama, tentang apa yang masing2 dah lalui...so keluar la satu teori kitorang,

"maki hamun memang terapi yang baik untuk redakan rasa marah kan? Hahahahahaha!"


Izpuri,
lamanye tak dgr citer..tak bersua..kali terakhir terserempak kat mvalley.
welcome bck!

Minor,
lama tak contact. aku sokmo masuk fp ko ni.tgk2 gambar. suka gambar ko.
aku xleh baca lah entry ko yg bawah tu 'besday mak ko'. sedih laa..
so much tears since last few months..
Fri 11-May-2007 12:02
Posted by:ariffah
ok r. Sat 12-May-2007 11:39
Posted by:deli  - [Link]
Cipun..how are you? Aku anta email susah no nak balasnye...sori la minor ek..jadi medan aku bertanya kabar lak? So..how's ur baby cipun?Hope ko OK selalu...n take care.

Izpuri...missing in action ek...dah lupa kawan2 lama ke? Especially aku yang suka menyakat ko dulu...hehehe
Thu 17-May-2007 09:56
Posted by:laily
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 8-May-2007 04:54 Email | Share | | Bookmark
Wan & Nadia

 
 
nanti saya upload yang full version punya. Kali ni masih lagi edisi play around with pscs2, saja2 nak try extensive editing sket malam tadi...














stylo lam editing....gambaq cls 2 aku suka Wed 9-May-2007 16:51
Posted by:kitab cinta terindah  - [Link]
paling minat gambar yang ke-2 last tu...
cantik and ada unsur-unsur klassik ar...
nanti leh ajar cara nak editing gambar camtu...hehehe
Sun 13-May-2007 14:51
Posted by:utoi80 utoi80@yahoo.com  - [Link]
' ...tapi gambo mamat yg enterframe pegang lighting tu memang hensem...hehehehehehe'
weiii ko kutuk aku ke arr ...muke aku tu...
Mon 14-May-2007 02:29
Posted by:nizarnazrin elos@email.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Saturday, 5-May-2007 06:51 Email | Share | | Bookmark
mak, selamat hari lahir



Mak dan Abah, dengan cucu (which is my anak sedara)



Again..my mak


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran…Mak..

Saya kehilangan kata-kata sebenarnya. Mungkin agak emosional… Tahun ini ialah tahun keempat belas saya membesar dan dewasa, jauh dari pandangan mak.

Inilah ibu yang melahirkan saya ke dunia ini, inilah abah yang berusaha mendidik saya selama ini. Terima kasih mak, abah…

Quote:
Bulan mei kata orang bulan menyambut hari ibu sedunia. Itu kata orang, tapi hari ini ialah hari lahir ibu saya. Mak tak biasa menyambut hari ibu. Abah juga tak betah menyambut hari bapa. Mak dan abah adalah orang kampong, hidup dengan cara kampong, tiada panggilan mummy, dady, mama, papa, namun tega dengan mak dan abah. Jarang saya menulis mengenai mak dan abah untuk tatapan umum. Apa yang saya paparkan di sini juga mak dan abah tak mungkin baca. Mereka jahil tentang apa itu internet, mereka memang tak moden. Mak dan abah melayu tradisi. Saya kagum dengan semangat abah, berbekalkan sebuah beg, abah membawa ibu dan kami ketika itu tiga beradik, jauh merantau dari bumi Balik Pulau, Pulau Pinang, membuka lembaran baru, sejarah baru, hidup baru nun jauh di pedalaman di Negeri Pahang. Saya masih jelas wajah mak ketika itu, setia dan tabah mengikut abah, menggendong adik saya yang masih kecil, masih juga jelas di ingatan saya beg hijau yang abah bimbit, sekadar mengandungi beberapa helai baju dan dokumen penting.

Masih juga jelas, kata abah “Abah tak takut hidup susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, abah tak minta sedekah dengan orang, abah tak berhutang dengan siapa-siapa, tapi abah paling pantang di hina di bumi sendiri, seolah abah tak mampu membesarkan hangpa semua”. Kata abah lagi “ abah cari rezeki halal bagi hangpa makan, biaq kita miskin harta tapi kita ada maruah”. Mak hanya diam. Mak sangat tulus mengasihi abah. Mak sangat penyabar, manusia paling penyabar dalam dunia ni yang pernah saya jumpa. Mak tak pernah mengeluh. Saya masih jelas, bagaimana saya membantu mak menggendong baju, sementara mak mendukung adik, pergi ke sungai, untuk mandi dan basuh baju. Ayah tak pernah merungut untuk menyalakan lampu pelita minyak tanah setiap malam, bahkan sehingga saya di tingkatan tiga, rumah kami masih berbekalkan cahaya pelita minyak tanah.

Abah tak sesempurna orang lain. Abah rabun yang teruk, kaca mata abah tebal sangat, paling tebal saya rasa yang pernah saya jumpa, maka setiap petang, habis sekolah, saya akan membantu abah bila nak mengait sawit. Mak bungkuskan nasik dalam daun pisang, dengan ikan masin dan kicap kegemaran saya, mak bekalkan air kopi o panas kegemaran abah dan saya, yang kami akan habiskan setelah selesai mengerjakan ladang.

Abah tau saya kadangkala merungut bila kena ikut abah ke ladang, sebab saya akan terlepas peluang untuk bermain dengan kawan-kawan lain, jadi untuk menghiburkan saya, abah akan letakkan saya dalam kereta sorong, sambil abah tolak laju-laju, kadangkala abah menolak sambil berlari, sehingga saya ketawa semula. Saya nampak abah tercungap-cungap, tapi abah tak mengeluh, walaupun jarak ladang kami dengan rumah sekitar tiga kilometer. Balik dari ladang, mak dah siapkan nasik panas dan sambal sardin paling sedap dalam dunia, tak lupa kopi o panas berasap-asap. Kadang kala mak masakkan lempeng pisang, yang saya akan makan sambil cecah gula ataupun susu.

Pengorbanan mak dan abah sangat besar. Saya inginkan syurga untuk mak dan abah. Apa yang saya tulis ini, hanya secebis kecil kisah mak dan abah.

Saya hairan bagaimana saya boleh jumpa orang tua yang diabaikan anak-anak hinggakan terpaksa tinggal di rumah kebajikan. Saya juga pernah jumpa manusia yang bencikan ibu dan ayahnya. Dan saya juga masih ingat, ketika di asrama, saya pernah belasah seorang budak, hanya kerana saya melihat dia melarikan diri ketika ibu dan ayahnya yang tua, datang ke asrama pada hari minggu untuk melawatnya, sambil menggendong beg plastik berisi nasik dan lauk, dengan niat untuk anaknya makan bersama kawan-kawan sebilik. Sanggup dia lari menyorok, hinggalah saya sendiri mencari dia.

Entahlah…yang saya pasti, dengan doa mak dan restu abah lah saya mampu bernafas di bumi ini. Saya memang kasar, saya memang lepas laku, namun masih saya bawa kata-kata mak dan abah,

“Mie, mana-mana pun hang pi dalam dunia ni, pi lah…mak dengan abah tak halang. Hormat orang tua, tolong orang susah.”

Mak, selamat hari lahir, abah, terima kasih… Saya sangat bertuah, mak dan abah masih sihat hari ini. Saya punya ramai teman yang telah tak punya mak atau abah, malah yatim piatu. Saya amat bersyukur.

Mak dan abah saya bukan orang kaya harta, juga bukan orang berpengaruh, tak punya gelaran apa-apa, hanya orang kampong, masih utuh dengan sifat MELAYU. Yang amat pasti, Saya sayang mak dan abah…


Ko dah membuatkan air mata aku bergenang kat opis time lunch hour... Hati aku pun kecik wey kalu sembang pasal mak...

Luv you mum!!!
Wed 9-May-2007 05:39
Posted by:ja  - [Link]
kim slm kt man n abah amin ye..
tk sangka mak amin pn lahir same month with me...but i'm in 2nd..
anyway..miss chini timur alots..
Fri 11-May-2007 09:09
Posted by:finie safini_allataillah@yahoo.com
dik, bergenang air mata akak membaca catatan awak mengenai mak & abah awak. im speechless.....apa-apa pun, doa anak soleh antara 'harta' paling berharga buat bekalan mereka. Sat 12-May-2007 05:50
Posted by:anna  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Friday, 4-May-2007 03:42 Email | Share | | Bookmark
Noel & Dina

 
 
Salam...

Kembali update dengan gambar-gambar bertemakan wedding..ehehehe...lama sangat dah dok que...so kali ni turn wedding lak..

Majlis Pernikahan Noel & Dina, Shah Alam

Saya di sini dibantu oleh Siti Fairuz http://miszfairuz.fotopages.com/ ..Thanks..














nampak mcm muda pengantinnye ...muda belia
tp gamba 2 org awek yg bawah besar nie...comel lote ek minor..x tanya no tipon
Fri 4-May-2007 04:16
Posted by:aishifu
kelas aaahhh kolaj + pix
keep it up
Fri 4-May-2007 12:50
Posted by:mknace  - [Link]
hang edit ni untuk custom album ker? nice la beb! Sat 5-May-2007 12:36
Posted by:allodealova  - [Link]
Add comment


Wednesday, 2-May-2007 05:19 Email | Share | | Bookmark
Sekejap di Air Terjun Kolam Puteri, Gunung Ledang

 
 
Memang tak plan nak ke sini, tapi kebetulan kawan saya singgah, amik, maka sampai laaa saya...

yeah....I'm having lots of fun there!!!! Gelak cam nak krem perot...

btw, tak banyak sangat amik gambar, selain dari aktiviti kegemaran saya, mandi sungai....rasa lepas ni cam nak kena mandi sungai la sebulan sekali....gian...

FMJC adakan sesi photoshoot, dan mereka sediakan beberapa model...takde reflector, takle lens yang khusus untuk potrait...saya belasah jek ngan apa yang ada...






hehehe...memula saya masuk fotopages awak trus saya senyum...
sebab ada gambar awek kat air terjun tu, menarik tu...hehehe
betul gak cam kata komen allodealova kat atas tu...
kalo guna shutter speed yang slow sket...mesti nampak air tu macam kabus...
saja singgah tengok gambar-gambar fotopages orang lain...
banyak sangat yang menarik ar...hehehe
Thu 3-May-2007 10:28
Posted by:utoi80 utoi80@yahoo.com  - [Link]
setuju every words of aishifu's comment.enuf said Fri 4-May-2007 15:58
Posted by:sayabudakbarubelajar
Wah rupanya ko dah masuk pic gunung ledang dlm FP ko bru ni perasa.... aku nya lum upload lagi...sibuk skit tak sempat nak buka lagi ... good pic.... Mon 7-May-2007 04:38
Posted by:Yon yon_kn@yahoo.com  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Wednesday, 25-Apr-2007 07:58 Email | Share | | Bookmark
Tanah Lot

 
 
Yeah...

saya admit...dalam saya kata nak ignore benda2 tuh, saya tetap berfikir...huh...


Quote:
....abah kata...jangan cari musuh...hang sabaq...abah tau hang kuat...


baik dengar cakap abah, kan?

Terima kasih untuk kawan2 saya , yang dalam diam2 menyokong saya, sebab saya percaya, mereka melihat transformasi saya sedikit demi sedikit...InsyaAllah, saya tak putus asa dengan benda2 camni..






dear cinnot, ini page bukannya utk memuji fotografer laen. oklah. camni je. di atas pemujian anda terhadap syed nassir, terima kasih saya ucapkan. dan jelas kini siapakah anda. jika hanya tahu mulot berbunyi, pasti jari anda juga tahu menari kan? mane fotopages anda? saya YAKIN, anda telah pon menjadikan SYED NASIR SBG IDOLA DAN SIFOOOOOOOOOOOOO ANDA. jadi, let us, the viewer pilih gambar siapakah yg lebih best, cantik dan mampu buat kami teruja. SYED NASIR KAH? AMINORAZMI KAH? ATAU CINNOT KAH? kah kah kah kah kah.... Sun 29-Apr-2007 10:46
Posted by:d1whowatchufromfar
lawa shot. waktu pagi ke ni? dulu sy pergi time senja, gambar silhouette je.. Wed 2-May-2007 15:09
Posted by:stROZze  - [Link]
hmmm, not quite sure if i can answer your question about jiwa dalam gambar, but i always strive to shoot a picture that hold some meaning for me. maknanya, gambar tu boleh dijadikan sebagai bahan cerita. samada moment tu ada kisah tersendiri, ataupun mungkin angle yang jarang digunakan boleh memberi kita pandangan yang berbeza terhadap benda yang kita biasa melihat hari hari. that's why sometimes, i like to write lengthy entries to accompany my pictures, because that's what i feel about them.

lagi satu, i think i'm quite a moody photographer. kekadang tu, bawak gear pegi sana pegi sini, tapi tak amik satu gambar pun. rasa macam kalau takde mood, gambar tu takkan menjadi. mungkin itu yang dimaksudkan dengan tenangnya hati seorang photographer dengan gambar yang diambil.

i guess that's why i have not chosen to go into wedding photography, pasal rasa macam susah nak dapatkan the shots that i would be happy with. tak suka tergesa gesa amik gambar. memang tak jadi semuanya hehe!
Sat 5-May-2007 08:24
Posted by:kenterong kichi2@gmail.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Monday, 23-Apr-2007 07:26 Email | Share | | Bookmark
Saya Dicabar?

kenapa letak gambar ni...awak baru lagi ye???maybe awak ni cuma mempunyai minat tetapi tak ada bakat..dari pemerhatian saya, gambar2 awak semuanya macam outdated..awak macam tak ada idea..tak ada usaha..jangan ciplak atau ikut orang..awak perlu ada identiti...saya malas nak komen tentang gambar awak yang sedang berjalan ke pokok tu...macam HAMPAS KELAPA..sebagai seorang jurugambar kita kena ikhlas dan jujur dalam tugasan kita..gambar awak macam tergesa2..mungkin awak belum pandai mengawal teknik pernafasan semasa mengambil gambar..double up your effort..kita kena SABAR...baru kerja kita bermutu dan berkualiti..bukan macam tangkap muat atau bahasa kasarnya...SAMPAH.ingat..ingat..teknik zooming and zeroing awak diperkemaskan...

Sun 22-Apr-2007 15:28
Posted by:keita mandjo
IP: 60.49.105.204


Petang ni, masa saya nak update fp saya, ada orang yang singgah di sini dan tinggalkan sedikit pesanan untuk saya...Dalam saya tarik nafas....termenung sekejap depan pc...

Saya rasa, sepanjang berhobikan fotografi, saya dengan kawan2 yang sehobi ni, saya masih belum pernah bersikap baling batu sembunyi tangan. Belum juga bersikap menikam kawan dari belakang...

Saya tahu, orang ini kenal saya, dan saya rasa saya juga kenal dia kalau dia bersemuka dengan saya...tapi...takpelaaa..saya paham, rasa tergugat barangkali, dengan orang yang tak pandai ambil gambar macam saya...kalau dia jumpa sifoo saya..ntah hape pulak dia nak tulis...sifoo saya pun tak pandai gak ambil gambar..heheh..Saya juga faham, saya bukan orang yang pertama kena cenggini. Kalau nak trackback balik siapa dia ni, maka buang masa saya sahaja, kan?

Walau apa pun, saya yakin,di luar sana masih ramai yang sukakan apa yang saya buat. Masih teguh menyokong saya.

Takpelah... satu baris yan gsaya petik dari tulisan dia "sebagai seorang jurugambar kita kena ikhlas dan jujur dalam tugasan kita." yeah...mungkin si penulis ni harus bersama2 dengan saya mempelajari ilmu ikhlas dan ilmu jujur...


Takpe..tinggalkan dia dulu...

Sambung balik tujuan asal saya di sini..

Iza dan Andy, Klang
















sabarlah amin,depa tu memang macam tu.. depa jelous kat hang..bagi aku, hang adalah the best photog yang aku kenal dan jumpa dengan mata kepala aku sendiri. Biaq depa kata apapun kat hang.. hang tetap the best of the best diusia termuda macam hang..kalau hang dah tua.. hang dah jadi otai2..er.. komen tu macam komen akademi fantasia jer.. ingat ini panggung fantasia kaaa? Wed 2-May-2007 18:30
Posted by:impissa sabarisa@mail.com
don't give it too much thought, bro. the fact of the matter is kita ni tak boleh memuaskan hati semua orang. macam encik sagafiore berkata, seni it subjektif. perhaps mamat/minah tu nak memberi komen, tapi caranya tak kena. sesetengah orang tu memang mulut takde insurans.

just do your stuff. ultimately, you have no one to answer to, except yourself.
Sat 5-May-2007 08:07
Posted by:kenterong kichi2@gmail.com  - [Link]
In some ways, betrayal is inevitable. When our bodies betray us, surgery is often the key to recovery. When we betray each other, the path to recovery is less clear. We do whatever it takes to rebuild the trust that was lost. And then there are some wounds, some betrayals…that are so deep, so profound that there is no way to repair what was lost. And when that happens, there's nothing left to do but wait. Christina Grey’s Anatomy – From a whisper to cream - to keita mandjo, at least minor try to learn..and you..learn how to give a good comment Fri 11-May-2007 10:39
Posted by:izpuri
View all 16 comments Add comment


Friday, 20-Apr-2007 08:18 Email | Share | | Bookmark
Kenal?

Banyak cakap gak dia nih...




banyak cakap? tapi muke cam maintan2... hehehe!!!! Sat 21-Apr-2007 19:15
Posted by:dalang KEJADIAN  - [Link]
tak kenal, tapi nak kenal boleh? Sat 5-May-2007 07:05
Posted by:kenterong kichi2@gmail.com  - [Link]
Add comment


Friday, 13-Apr-2007 03:33 Email | Share | | Bookmark
Rizal & Mai

 
Bekas rakan serumah saya Rizal nih dulu...


rakan serumah dulu dah nikah..Amin bila lagik ni??

Makcik tumpang promo/iklan nak....

sila lawati
http://www.fotopages.com.my/forum/viewtopic.php?p=169569#169569

untuk sedikit lapuran pertemuan pertama photog Sg. Penchala
Mon 16-Apr-2007 01:46
Posted by:zain  - [Link]
Askum, Apakhabar?
Sorry menceroboh, first time masuk fp nie, tertarik ngan gambar2 kat dalam fp you. Best lah tengok gambar2 kat dalam nie, semuanya cantik. Exp gambar2 dikawasan pergunungan tu.
Thu 8-May-2008 11:47
Posted by:Alexs Azlan azlan_umpai@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 12-Apr-2007 05:56 Email | Share | | Bookmark
Semalam punya cerita

 
Malam tadi, ketika baru saja duduk dalam Restoran ABCD, entah macam mana terserempak seorang kenalan lama yang kali terakhir berjumpa sekitar 5 tahun lalu. Lain benar rupanya. Nampak sangat berat bebanan yang terpikul melalui raut wajahnya. Lalu saya mengambil kesempatan berborak, bercerita tentang apa-apa sahaja yang masing-masing lalui selepas kali terakhir bertemu. Benar, dia punya banyak bebanan yang tak pernah dia minta. Tak banyak yang mampu saya katakan kepada dia. Sementelahan saya juga bukan teman rapat dia dahulu.

Quote:
“minggu lepas saya dipertemukan oleh Tuhan seorang wanita yang ingin membunuh diri. Keputus asaan untuk hidup barangkali, letih dengan ujianNya. Sempat saya memegang erat pisau yang telah dihalakan ke dadanya. Kata saya, “saya tahu hidup ini tidak mudah, tapi kalau kamu memilih untuk mati di sini dengan cara begini, saya pasti yang kematian ini juga tidak memudahkan apa-apa. Berikan saya pisau itu”.

Saya belikan tiket balik ke kampong, saya hantarkan ke stesen bas, sekarang dia di kampong.


Kata saya pada teman saya, hidup ni memang banyak-banyak kena sabar. Betul betul punya sabar. Kalau aku memilih untuk menjadi bangsat, empat tahun dahulu aku dah ada peluang yang sangat cerah. Sudahnya, aku memilih untuk menjadi orang biasa. Bukan seorang kawan yang sanggup menikam kawan dari belakang. Bukan seorang kawan yang sanggup gelak melihat kawannya dalam kesedihan. Aku jijik dengan kawan yang mengkhianati kawannya sendiri. Aku tinggalkan segala yang menjahanamkan aku di belakang, lama dah…




andainya wanita itu membunuh diri ia akan menambah lagi malang terhadap dirinya kerana ia akan mengulangi lagi perbuatan dirinya membunuh diri di alam lain, dielokkan kembali lalu membunuh dirinya lagi tanpa henti dan bayangkanlah azab yg tiada kesudahan itu. anda telah melakukan satu tindakan yang saya rasa pada masa akan datang wanita itu akan berterima kasih tidak terhingga kepada anda. moga ada ganjaran dar Allah atas jasa anda amin Thu 12-Apr-2007 08:35
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
cantiknya dia... Thu 12-Apr-2007 08:56
Posted by:dell  - [Link]
Betul tu... Hidup ini memang penuh dengan cabaran
Bersabar dengan ujian tuhan..
Fri 13-Apr-2007 02:37
Posted by:mknace  - [Link]
Add comment


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.