|
|
| Wednesday, 30-Apr-2008 18:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Petang Yang Redup
|
|
"akhir-akhir ni fizikal kurang sehat..."
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Apr-2008 03:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SEMSAS SEVEN 2008
|
|
SEJARAH SEMSAS 7's
Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Semsas atau lebih dikenali sebagai SEMSAS 7's telah mula diperkenalkan pada tahun 1991 oleh Pengurusan SEMSAS yang diketuai oleh Tuan Haji Hussin Abdul Rashid yang bertindak sebagai jurulatih pasukan ragbi sekolah pada masa itu.
Dengan penyertaan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada sekolah- sekolah seluruh negara, telah memberikan semangat dan kekuataan kepada pihak sekolah untuk mengadakan kejohanan pada setiap tahun. Selain daripada melibatkan sekolah-sekolah di Malaysia, kejohanan ini juga telah mendapat penyertaan dari sekolah-sekolah luar negara seperti Singapura dan juga Thailand.
Semenjak mula diperkenalkan, pelbagai perubahan telah dilakukan untuk memastikan kejohanan ini menjadi batu loncatan kepada pemain untuk terus bersedia menghadapi cabaran di dalam sukan ragbi pada peringkat yang lebih tinggi pada masa yang akan datang. Kejohanan ini juga sebagai salah satu saluran untuk mengetengahkan bakat- bakat baru dalam bidang ragbi serta bakal menjadi pelapis bagi generasi sedia ada. Selain daripada itu, kejohanan ini juga dapat menanamkan semangat kesukanan dan mengeratkan persaudaraan diantara pemain dan semua pihak yang terlibat di dalam penganjurannya.
Walaubagaimanapun, semenjak beberapa tahun yang lepas, kejohanan ini tidak dapat diadakan atas sebab- sebab yang tidak dapat dielakkan. Justeru itu, Mantan Presiden Exsas sesi 2006-2008, Dato' Ir Muhammad Imran Baharudin telah mengambil inisiatif untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Semsas 7's sebagaimana terdahulu dan ini adalah esidi yang ke 2, Exsas menjadi menganjur kejohanan.
dipetik daripada: http://www.exsas.com.my/semsas7_08_home.htm
sebagai xstudent, ni la antara sumbangan yang saya mampu bagi setakat ni, tenaga dan kemahiran yang tak seberapa. Aksi2 ini dirakamkan hujung minggu lalu, di padang SEMSAS, Kuantan, Pahang.
Body: D70s attach with 80-200 pushpull jek.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Apr-2008 10:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Stesen Keretapi Kuala Lumpur
|
|
Sering disebut di mana-mana bahawa senibina Stesen Keretapi Kuala Lumpur ini adalah gabungan senibina Barat dan Moorish. Stesen telah mula direka oleh AB Hubbock pada tahun 1900 dan hanya siap dibina sepenuhnya pada 1910 oleh pihak pemerintahan kolonial British.
Stesen ini pada asalnya telah dibina semula sebanyak tiga kali. Stesen yang pertama dibina pada tahun 1886 di simpang di antara Klang dan Kuala Lumpur. Stesen ini terletak di sebelah utara bangunan yang ada sekarang iaitu di Goods Yard Station. Stesen tersebut dikenali sebagai Stesen Residensi kerana stesen ini terletak di dalam Residensi British. Bangunan stesen ini dibuat daripada bumbung atap. Dinding pula dibuat daripada kayu dan batu-bata. Hampir keseluruhan bahan binaan bagi bangunan ini dibeli dari England. Bangunan ini digunakan selama enam tahun dan berkembang seiring dengan berkembangnya perdagangan bijih timah yang dijalankan pada masa itu.
Stesen kedua pula dibina pada tahun 1892, bangunan ini dibuat daripada batu-bata dan berbumbungkan atap. Seni bina bangunan hampir sama dengan bangunan kerajaan yang dibina ketika itu. Bangunan stesen ini digunakan selama 15 tahun. Keputusan untuk mendirikan semula stesen yang ada dibuat pada tahun 1906. arkitek yang bertanggungjawab mereka bangunan ini alah Arthur Benison Hubback yang telah mereka ibu pejabat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Kini selain daripada menjadi stesen KTM Komuter Kuala Lumpur, bangunan ini turut menempatkan Hotel Heritage dan komuniti Art At Work, iaitu sekumpulan pelukis tempatan yang mempamerkan hasil lukisan mereka dan juga tempat melukis.
Bangunan Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu
Pembinaan bangunan ini dimulakan pada tahun 1914 dan siap pada bulan November 1917. Perbelanjaan membina bangunan ini sebanyak RM 780,422.00.
Authur Benison Hubbock arkitek bangunan ini. Beliau telah menggabungkan keagungan seni bina Mogul Islam iaitu “Moorish”, “Gothic” dan Yunani dalam reka bentuknya. Di tingkat bawah bangunan terdapat 97 buah gerbang.
Beranda-beranda yang lebar dan lapang dibina untuk menimbulkan suasana redup. Terdapat juga 94 buah tingkap gerbang “Ghotic”. Terdapat lima buah kubah dengan tiang-tiang tegak. Bangunan ini telah mengalami dua kali kerosakan. Semasa Perang Dunia Kedua. Bahagian utara stesen ini terkena bom. Kedua pada 14 November 1968, bahagian yang sama juga di tingkat kedua telah musnah dalam kebakaran besar
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-Apr-2008 17:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
wedding
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Apr-2008 14:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Old & New
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 15-Apr-2008 06:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
think Idea
|
|
you think?
|
|
|
|
|
|
| Friday, 11-Apr-2008 16:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kuala Gandah Conservation Centre, Lanchang, Pahang
|
|
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974.
Unit Gajah merupakan satu pasukan yang unik di Malaysia di mana peranan utama unit ini adalah untuk menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya telah diambil alih oleh kawasan pertanian. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pasukan yang dahulunya terdiri daripada 25 orang ahli telah berjaya memindahkan lebih daripada 450 ekor gajah liar di mana proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan yang berterusan.
Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk unit gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah.
aminorazmi
0122147681
ym id: aminor_azmi
email: aminor.azmi@gmail.com
Gambar suka2 jek...ehehehe
|
|
|
|
|
|
| Monday, 7-Apr-2008 15:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Putrajaya
|
|
Dari satu sudut...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 3-Apr-2008 01:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My Job
|
|
org tanya saya, "apa sebenarnya yang ko buat ek?"
Jawab saya, "Tolak medium format punya genre jek, yang lain semua aku buat. Sebab aku tak penah pegang itu barang, dan takde orang ajar aku lagi".
Orang juga mintak, " bagi la tips, share ngan kitorang".
Saya cakap, payah kalau saya nak share kat sini. Bukan kedekut, tapi saya tak pandai menaip bahasa fotografi yang betul. Saya takde formal education. Nota2 saya semua tulis sendiri, lukis sendiri. Payah orang nak paham. Tapi kalau kita ada peluang shoot sama2, korang akan tau betapa saya ni suka sangat sharing knowledge. Those yang penah ikut saya shooting, tau la, Saya tak pandai mana pun. Tapi ni mungkin satu tips yang boleh saya bagi.
"Buat kerja macam ni kena sepenuh hati. Bukan soal bayaran sepenuhnya. Besar mana atau ciput mana pon payment, yang menjadi soal utama ialah penyampaian kualiti kerja masa shooting. Jangan sesekali fikir nak bermegah2. Orang yang melihat, klien yang menerima, yang akan menilai hasil karya kita. Bukan syok sendiri. Bottom line, kerja2 yang baik ni kena istiqomah. Atitud tu sangat penting".
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 1-Apr-2008 19:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Potret Desa: Hitam dan Putih
|
|
|
|
|
|