Want your
own Fotopage?







 
::Wedding Photographer:: aminorazmi

By: aminor azmi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Aug-2006 01:33 Email | Share | Bookmark
Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Taman Pertanian Indera Mahkota, terletak kira-kira 10km dari bandar Kuantan. Taman pertanian yang dimajukan secara berperingkat sejak 1988 menawarkan penggabungan pelancongan berasaskan pertanian dan perhutanan untuk pengunjung yang gemarkan keindahan alam semulajadi.ia dilaksanakan secara sistematik supaya dapat dicontohi dan menjadi rujukan kepada petanian pegawai pertanian, pelajar dan badan penyelidikan untuk mengenal klon buah-buahan serta mendapatkan maklumat teknikal dan pengurusan mengenai bidang pertanian. ia dilaksanakan secara sistematik supaya dapat dicontohi dan menjadi rujukan kepada petanian pegawai pertanian, pelajar dan badan penyelidikan untuk mengenal klon buah-buahan serta mendapatkan maklumat teknikal dan pengurusan mengenai bidang pertanian.Ia dilaksanakan secara sistematik supaya dapat dicontohi dan menjadi rujukan kepada petanian pegawai pertanian, pelajar dan badan penyelidikan untuk mengenal klon buah-buahan serta mendapatkan maklumat teknikal dan pengurusan mengenai bidang pertanian.

Kunjungan saya ke sana baru-baru ini, mendapati, segala kemudahan yang disediakan semakin bertambah baik, malah bagi pengunjung yang inginkan kemudahan penginapan sambil menikmati percutian ala agrotourism, pihak pengurusan telah menyediakan beberapa buah chalet/rumah yang boleh disewa dengan kadar yang berpatutan, antara RM60-RM80 untuk satu malam. Menurut mereka, kunjungan pelawat ke taman ini akan semakin meningkat menjelang musim buah-buahan berikutan bayaran yang dikenakan hanyalah RM3 untuk sekali masuk bagi setiap orang untuk menikmati buah-buahan seperti durian, rambutan dan sebagainya.

Selain untuk pengalaman agrotourim dan penyelidikan, taman ini turut menjadi pilihan untuk dijadikan tapak perkhemahan bagi badan kerajaan mahupun swasta malah menjadi pilihan utama bagi sekolah-sekolah sekitar negeri pahang untuk mengadakan perkhemahan, berikutan kemudahan campsite yang baik serta kemudahan asas yang dijaga dengan sempurna.

Selamat Melancong!!



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net